Tourism Malaysia

TOURISM MALAYSIA PROMOSI PAKEJ PELANCONGAN MINAT KHAS 50 TAHUN DI LAMAN MALAYSIA.TRAVEL

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 – Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50,Tourism Malaysia mengambil inisiatif untuk mempromosikan jualan 50 pakej pelancongan berteraskan segmen pelancongan minat khas pada tawaran harga istimewa di laman sesawang malaysia.travel.

Penawaran pakej ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada 21 agensi pelancongan berdaftar dan empat pengusaha produk pelancongan seperti spa dan inap desa di seluruh Malaysia.

Menariknya, kesemua pakej segmen ini ditawarkan dengan tema angka 50 seperti diskaun 50 peratus, harga RM50, RM50.50 serta pelbagai penawaran lain.

Orang ramai boleh membuat tempahan pakej untuk aktiviti kembara, penerokaan gua, merentas hutan, berkayak, berbasikal, berkhemah, karavan, selam skuba, golf, agropelancongan, inap desa, pencerapan burung (birdwatching), white water rafting, waterfall abseiling, jet ski excursion, rock climbing, nature walk, night safari, river cruise dan animal sighting.

Selain itu, pakej yang ditawarkan turut merangkumi aktiviti jejak warisan, bergembira di taman tema, lawatan ke muzium serta rawatan spa. Tawaran pakej sah sehingga 10 Ogos 2023 untuk perjalanan bermula dari 20 Februari 2023 sehingga 31 Mac 2024.

Datoโ€™ Hj. Zainuddin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, penawaran pakej pelancongan minat khas ini adalah seiring dengan trend pelancongan terkini oleh para pelancong yang lebih cenderung memilih produk berasaskan pelancongan pengalaman.

โ€œSecara keseluruhannya, tawaran promosi ini melibatkan 32 pakej kembara dan alam semula jadi, tujuh pakej di bawah gaya hidup, enam pakej budaya dan warisan serta lima pakej aktiviti marin dan sukan pelancongan,โ€ katanya.

Pautan muat turun E-Brosur Pakej Pelancongan Minat Khas: https://bit.ly/40m4R1q